Adalah satu pasangan suami isteri ni. Selalu sangat bergaduh. Setiap kali bergaduh, terjerit-jerit sampai jiran sebelah rumah dgr. Si suami selalu jerit "Bila aku mati nanti, aku jadi hantu pastu aku korek kubur untuk keluar. Bila aku dah keluar aku cekik cekik kau !!" Si isteri pula jerit "Dunia ni lagi aman lah takde kau !!"
Tibalah pada satu hari. Si suami telah meninggal dunia dilanggar lori. Meskipun bergaduh setiap hari, si isteri tetap menguruskan pengebumian si suami dengan baik.
Selepas jenazah si suami selamat di tanam. Datanglah seorang mak cik tua datang bertanya pada si isteri. "Kau tak takut ke sumpah suami kau dulu ? Malam ni tah tah tgk dia datang" tanya makcik tua. Si isteri pun menjawab "oh tidaaaak. Aku tanam dia menghadap ke bawah. Korek lah dia sampai bila bila pun takkan dapat keluar".